Friday, October 28, 2011

PKSR 2/2011...


PKSR 2/2011


Putera-puteri SKTP pada 01/11/2011 akan bermulanya peperiksaan PKSR 2. Semoga adik-adik berusaha dan di waktu cuti Perayaan Deepavali 22-30/10/2011 diisi dengan mengulangkaji pelajaran. Insyaallah guru-guru doakan akan berjaya jika Usaha, Doa dan Tawakal padaNYA. Ibu Bapa/Penjaga diminta membimbing anak-anak di rumah....

Mesyuarat kali ke-3 AJK PIBG/2011

Salam..pada Khamis 17/10/2011 nan lalu telah diadakan Mesyuarat PIBG 2011/2012 kali ke-3. Banyak makluman telah diterima. YDP,PIBG Encik Raja Abdul Hamid berharap kehadiran ibu bapa lebih baik pada masa akan datang. Peruntukan untuk Hari Kanak-kanak juga telah diluluskan untuk meraikan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah pada 21 Oktober 2011 di Dewan Sri Pelangi,Johor Bahru.

Sunday, October 16, 2011

Hari Kokurikulum 2011.


KEM KAIZEN 2011

Salam...aktiviti Hari Kokurikulum di kem kaizen 2011 kembali semula. Pada hari Jumaat para peserta telah mula bergerak seawal jam 3 petang ke Kem Kaizen. Pada hari Sabtu 16/11/2011  berakhirnya Hari Kokurikulum yang diadakan di Kem Kaizen buat sekian kalinya. Matlamat untuk melahirkan anggota unit beruniform yang prihatin dan sentiasa peka kepada hal sekeliling telah berjaya dipupuk dalam diri satiap murid. Tahniah kepada 90 orang murid yang telah berjaya mengharungi aktiviti seperti:
1)  Memasang Khemah.
2)  Kembara Malam.
3)  Jungle Tracking.
4)  Aktiviti air.
Dan banyak lagi aktiviti lagi yang dilaksanakan. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat sedaya upaya mengharungi 1 hari setengah di Kem Kaizen.Layan ape yer.....gambo ler...






Saturday, September 10, 2011

SAMBUTAN EID MUBARAK 2011 DI RUMAH TERBUKA.

Salam...Sambutan Eid Mubarak 2011 terus diserikan lagi dengan kemeriahan rumah terbuka yang diadakan oleh Puan Zarina Binti Ibrahim di premis beliau pada Sabtu 10.09.2011. Sambutan amat menggalakkan dengan Ziarah Marhaban yang didatangkan oleh para guru SK Taman Pelangi seawal jam 2.30 petang. Seterusnya para ziarah marhaban terus ke rumah Puan Fodziah untuk ziarah marhaban mereka. Sangat meriah dan semoga tali silaturrahim antara semua warga sekolah akan lebih kukuh lagi.

SAMBUTAN EID MUBARAK 2011 DI SK TAMAN PELANGI



MERIAH DAN SUNGGUH MERIAH....dengan juadah kuih-muih yang dibawakan oleh murid-murid ke SK TAMAN PELANGI sambutan pada tahun ini lebih meriah lagi. Terima kasih kepada Ibu Bapa/Penjaga yang prihatin dengan sambutan Eid Mubarak 2011. Pelbagai jenis kuih muih dari samperit hingga ke kek lapis...pendek kata "semua ada...!". Semoga sambutan tahun hadapan lebih meriah lagi. Terima kasih atas sumbangan kuih-muih....

PENGECUALIAN HADIR KE SEKOLAH SEMASA PEPERIKSAAN UPSR 2011


Bersempena Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011

 yang akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September 2011 beberapa kelas akan dicutikan. Surat tentang cuti ini telah diberikan kepada anak tuan puan pada hari Khamis.Minta tuan puan /penjaga murid melihat-lihat di Beg sekolah anak tuan puan/penjaga murid.Berikut merupakan kelas yang akan dicutikan sepanjang peperiksaan berlangsung:
Persekolahan hari Isnin 12.09.2011 seperti biasa. Ibu bapa /Penjaga diminta memastikan kehadiran anak tuan puan/penjaga.Terima kasih.
TarikhKelas DicutikanKelas Yang Hadir
13/09/2011(Selasa)Tahun 2 & Tahun 3Prasekolah, Tahun 1, Tahun 4 & Tahun 5
14/09/2011(Rabu)Tahun 2 & Tahun 3Prasekolah, Tahun 1, Tahun 4 & Tahun 5
15/09/2011(Khamis)Tahun 2 & Tahun 3Prasekolah, Tahun 1, Tahun 4 & Tahun 5

Friday, August 26, 2011

Cuti Hari Raya IdulFitri Dan 31 Ogos 2011

Salam..Untuk Pengetahuan Ibu Bapa/Penjaga murid cuti sekolah sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan 31 Ogos 2011 bermula pada Isnin 29 Ogos 2011 hingga 4 September 2011. Pada 5 September 2011 akan bermula sesi persekolahan dengan Calon-calon UPSR akan bersedia untuk UPSR 2011.
Mari kita sebagai Ibu bapa/Penjaga mendoakan agar semua calon akan berjaya dalam peperiksaan UPSR 2011 ini. Moga Ibu Bapa/Penjaga memberikan sokongan dan dorongan motivasi pada anak-anak.
Cuti-cuti juga...dan minta sentiasa pastikan jika ada kerja-kerja sekolah yang perlu dibereskan.
Jaga Diri dan pastikan Perjalanan Kembali Ke Kampung dan Pulang semula dalam keadaan Selamat.
Ucapan pihak PIBG :
"Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin"
"Selamat Menyambut Kemerdekaan negara"a

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Salam...Majlis Khatam Al-Quran 2011 telah diadakan dengan meriahnya dengan berakhirnya sesi persekolahan untuk hari Jumaat 26 Ogos 2011. Semua murid tahun 6 terlibat menjayakan majlis ini. Tadarus telah dilaksanakan sepanjang 2 minggu pertama bulan Ramadhan 2011.
Majlis dimulai dengan Bacaan Doa seawal jam 7.20 pagi diikuti dengan ucapan Puan Guru Besar, Puan Mastura Bt Idris. Seterusnya majlis khatam Al-Quran telah bermula.
Setelah itu Majlis Ihya` Syawal telah diterangkan oleh Ustaz Fahmi bersama dengan murid yang menunjuk cara Solat Idul Fitri.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi para pemenang:
1)  Acara Kuiz Pendidikan Islam   -Disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam
2)  Acara Kuiz Bahasa Arab         -Disediakan oleh Panitia Bahasa Arab
3)  Acara Kuiz Pendidkan Moral   -Disediakan oleh Panitia Moral
4)  Acara Pertandingan Mewarna  -Disediakan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual dan Kajian Tempatan
5)  Acara Pertandingan Merekacipta Kad Hari Raya  - Disediakan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual
                                                                                  - Panitia Kajian Tempatan
6)  Acara Pertandingan Buku Skrap -Disediakan oleh Panitia Kajian Tempatan
                                                       -Usahasama Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan ( Kelab Rukunegara )

Semua murid telah terlibat sepanjang bulan Ramadhan dan Ogos ini dengan pertandingan yang disediakan pada masa REHAT dan dilaksanakan oleh Setiap Panitia dan dipantau setiap hari di kantin sekolah.
Terima Kasih kepada semua AJK yang terlibat.

Thursday, August 4, 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011

Salam...Ibu bapa yang dihormati dan disegani. Pihak sekolah akan mengadakan
pelancaran Bulan Kemerdekaan pada Isnin 8 Ogos 2011 ini.
Jadi murid-murid diminta membawa bersama bendera kecil bagi meraikan
pelancaran ini pada waktu Perhimpunan jam 7.20 pagi.
Sekian Untuk Makluman Ibu Bapa/ Penjaga murid. Untuk maklumat lanjut
aktiviti waktu rehat sepanjang Ramadhan dan
Bulan Kemerdekaan Sk Taman pelangi,Johor Bahru klik blog di bawah

http://paissktamanpelangi.blogspot.com/

Monday, August 1, 2011

Ramadhan kami merindui-Mu

Salam..buat Ibu bapa warga Sk Taman Pelangi, jangan lupa esok
Rabu 3 Ramadhan / 3 Ogos bermulanya hari persekolahan bagi anak-anak kita.
Oleh itu semak jadual persekolahan untuk hari Rabu.
Jangan lupa dan tinggalkan buku teks dan buku kerja anak-anak tuan puan.
Ini bagi melancarkan pembelajaran anak tuan-puan.
Untuk ingatan......

Thursday, July 28, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam...PIBG mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid Sk Taman Pelangi
bermula hari ini 29 Julai 2011 ( Jumaat ).
Isnin      :  Cuti Umum ( Hari Pertama Ramadhan )
Selasa   :  Cuti Ganti ( Larian Satu Malaysia )
Semoga tuan puan membantu anak-anak tuan puan mengisi jadual waktu senggang mereka di rumah.
Sentiasa upgrade DIRI dan bersedia menghadapi Ramadhan.
Ramadhan Bulan Rahmat dan penuh berkat.
PIBG Sk Taman pelangi seklai lagi mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Ramadhan.
Layan....

Saturday, July 23, 2011

Hari Terbuka

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari terbuka Sk Taman Pelangi,JB.
Terima kasih kepada semua AJK PIBG yang bekerjasama dengan pihak sekolah.
Tahniah ! Semoga anak-anak kita akan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.
Usaha,Jaya dan Bahagia Sk Taman Pelangi.



http://paissktamanpelangi.blogspot.com/2011/07/hari-terbuka_23.html

Friday, July 22, 2011

Larian Perdana 2011

Larian Perdana seawal jam 7 pagi telah diadakan di SK Taman Pelangi.
Turut serta ibu bapa penjaga murid. Tidak terkecuali pihak PIBG yang sama-sama
mendukung aktiviti ini. YDP YM Raja Abd Hamid Bin Raja Zainudin turut sama
hadir dalam aktiviti senaman ringan dan juga melepaskan para pelari dari jalan Hijau Muda
hingga Jalan Hijau Muda 7. Jauh memang jauh namun semangat kental ibu bapa, guru,
murid amat membanggakan. Tahniah ! kepada semua yang menjayakan aktiviti
Larian Perdana Johor 2011.




Sukan Sekolah 2011

Sukan sekolah telah dirasmikan oleh YDP kita YM Raja Ab Hamid Bin Raja Zainuddin
dan perasmian penutup oleh Naib Yang Dipertua En. Sharuddin Bin Jaafar.
Sukan tahun ini juga sama-sama dijayakan oleh ibu bapa seawal jam 7.15 pagi
ramai di antara ibu bapa para penjaga murid telah hadir untuk menjayakan
Larian Satu Murid Satu Sukan. Hampir 100 orang telah hadir menjayakan
larian ini. Bersemangat sungguh ibu bapa penjaga para murid SK Taman Pelangi.
Meriah sukan SKTP. Semoga Sk Taman Pelangi gemilang dalam bidang sukan dan
melahirkan para atlit yang hebat di masa hadapan. Layan Gambar.






Motivasi Tahun 6 Anjuran sekolah dan PIBG

MOTIVASI TAHUN 6

Salam...Tahniah! Tahniah! kepada ibu bapa yang dapat hadir pada
Majlis Ikrar Pelajar Tahun 6. Semoga ilmu yang diperolehi
akan menjadikan para pelajar sentiasa Cemerlang dalam
UPSR 2011 yang bakal menjelma kelak..
PIBG mengucapkan terima kasih kepada guru,ibu bapa dan penceramah.
Semoga UPSR 2011 lebih Cemerlang.




HARI GURU DI PAGI 16 MEI 2011

Meriah..memang meriah...sambutan tahun ini di SK Taman Pelangi 2011. 
Kita jumpa lagi Tahun Hadapan 16 Mei Insyallah.
Guru Pewaris Para Nabi... berat amanah nih...
PIBG juga turut sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Guru ini.





Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG 2011. Dewan Sri Pelangi.

Salam sahabat semua dan para pelajar.
Pada 26 Mac 2011 baru-baru ini pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Mesyuarat PIBG kali ke 2-4. Dah 24 tahun PIBG kita rupanya. Oleh yang demikian Panatia Pendidikan Islam ingin mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang berjaya melaksanakan majlis tersebut sejak seminggu sebelum mesyuarat PIBG walaupun terdapat kekangan dengan tugasan P&P namun dedikasi  para guru memberi hasil yang amat baik sekali. 
Lihat gambar-gambarnya.Terima kasih kepada Dato` Shahrir Bin Abdul Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru)  kerana kesudian beliau hadir merasmikan majlis PIBG dan juga melihat-2 kawasan padang sekolah yang memerlukan peruntukan bagi menaik taraf kawasan belakang sekolah.
Tahniah..! Tahniah ! kepada ibu bapa yang berjaya menghadirkan diri demi sekolah dan anak kesayangan mereka.
Tahniah! diucapkan kepada AJK sesi 2011-2012 yang baru dilantik.Semoga dapat menjalankan misi Sekolah unggul penjana generasi terbilang.
Kalau para pelajar dan guru,staf hendakkan gambar-2nya sila berhubung dengan jurugambar yea....
http://paissktamanpelangi.blogspot.com/2011/03/mesyuarat-pibg-2011-dewan-sri-pelangi.html

Wednesday, July 20, 2011

HARI TERBUKA


Hari terbuka Sk Taman Pelangi akan diadakan pada 23 hb Julai 2011 ini. Semua Ibu Bapa diminta hadir bagi memeriahkan hari terbuka yang akan diadakan di Anjung Pelangi seawal jam 8 pagi. Diperlihatkan gambar Hari Terbuka 2010 yang sangat meriah dengan kehadiran Ibu Bapa. Terima kasih keran kehadiran Ibu Bapa pada 2010. Semoga kehadiran 2011 lebih meriah lagi.