Friday, March 1, 2013

PKBS 1/2013


PENILAIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PKBS 1/2013) TAHUN 4, 5 DAN 6

Semua Ibubapa / Penjaga / Guru,

Murid-murid SK Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru.

Tuan,
  • Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1 / 2013) Tahun 4, 5 & 6
                                                                                                                             
Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1) akan dijalankan pada 4 Mac sehinga 7 Mac 2013. Walau bagaimanapun, bagi pelajar tahap 1 murid-murid terlibat dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

2.         Pihak sekolah berharap ibubapa dapat membimbing anak-anak di rumah untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PKBS 1 yang akan dijalankan nanti.

3.         Kerjasama dan dorongan daripada ibubapa amatlah dihargai bagi membantu kejayaan anak-anak didik kita. Bersama-sama ini turut disertakan jadual peperiksaan :

TAHAP 2 ( Tahun 4 , 5 dan 6 )
Tarikh
Masa
Perkara
4 Mac 
2013
Isnin
8.50 – 9.50
9.50 – 10.10
10.20 – 11.35
12.00 – 1.00
B. Melayu (Kertas 1)
REHAT
B. Melayu (Kertas 2)
P. Islam / Moral

5 Mac
2013
Selasa
7.40 – 8.40
8.40 – 9.40
9.50 – 10.10
10.30 – 11.45
12.00 – 1.00
Matematik (Kertas 2)
B.Inggeris (Kertas 1)
REHAT
B. Inggeris (Kertas 2)
Matematik (Kertas 1)

6 Mac
2013
Rabu
8.00 – 9.15
9.50 – 10.10
10.20 – 11.20
11.25 – 12.25
Sains
REHAT
Bahasa Arab
Bahasa Cina

7 Mac
2013
Khamis
7.30 – 8.30
8.40 – 9.40
9.50 – 10.10
10.40 – 11.40
Pendidikan Sivik
Kajian Tempatan
REHAT
Kemahiran Hidup


Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Terima kasih.

Sunday, February 24, 2013

PIBG DAN 2013


Mesyuarat PIBG dan Anugerah Cemerlang 2012 Januari 2013

 Pameran oleh Unit Disiplin dan Pengawas SKTP yang dikelolakan oleh Cikgu Norshuhaida dan para pengawas.
 Para penari yang telah dilatih selama dua minggu oleh Cikgu Khair dan juga Cikgu Norazlina.














Mesyuarat PIBG ke-26 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Begitu juga dengan anugerah Cemerlang bagi tahun 2012.Murid-murid yang memperoleh 5A telah hadir dan menggamit kenangan di SKTP.Tahniah1 kepada semua AJK,PIBG terutamanya guru-guru yang terlibat selama dua minggu menyediakan dan melaksanakan apa yang diperlukan oleh pihak PIBG. Tidak ketinggalan juga tahniah juga pada guru disiplin Puan Norshuhaida yang telah menyediakan satu meja yang memaparkan bahan-bahan yang pernah di rampas ketika "spotchek" diadakan terhadap para pelajar di SKTP. Pameran ini adalah untuk menyedarkan para ibu bapa agar sentiasa peka  dengan tingkah laku anak-anak mereka dan sentiasa prihatin tentang bahan yang dibawa di dalam beg sekolah anak mereka.Tahniah...! guru anda yang paling hebat.! Layan gambar...
Kehadiran Tan Sri Dato` Shahrir Bin Hj. Abdul Smad disambut dengan  kawad kehormat dari Unit Beruniform yang disediakan oleh Cikgu Anizan dan
Cikgu Mohd Shamsul



Para peserta "Coral Speaking" 3 bahasa sedang memperdengarkan persembahan mereka.Mereka ni telah dilatih oleh Cikgu Norulhayati (Bahasa Arab), Cikgu Wong Lit May (Bahasa Cina), Cikgu Gunasundari (Bahasa Inggeris) dan Cikgu Norsyawalnina (Bahasa Melayu). Terima kasih para guru. Jasa anda dikenang.
Ingat pada pemuisi ni? Beliau pernah hadir suatu ketika dulu pada tahun 2006.
Para penerima Anugerah Cemerlang 2012 menerima hadiah dan cenderahati dari YB Tan Sri Dato` Shahrir Bin Hj. Abdul Samad







Sunday, February 17, 2013

MESYUARAT PIBG KE-26

Tuan puan /penjaga murid pada 7hb Februari 2013 ( Khamis ) telah diadakan satu mesyuarat untuk menyelaraskan tugasan bagi pihak PIBG dan Guru untuk mesyuarat ke-26. Dijangka mesyuarat akan diadakan pada 23hb Februari 2013 ( Sabtu ) jam 8.00 pagi. Semua Ibu Bapa dijemput hadir. Jangan lupa buat usul yang boleh mendatangkanfaedah dan manfaat kepada pendidikan anak-anak tuan puan.

PIBG DAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100


PENYERAHAN WANG BANTUAN RM100

Tahun 2013 dimeriahkan lagi dengan bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diadakan pada 18 Januari 2013 ( Khamis ) selepas waktu rehat iaitu jam 10.10 pagi. Terima Kasih atas kesudian YB TAN SRI DATO` SHAHRIR BIN HJ. ABDUL SAMAD 
( AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU ) hadir ke majlis di SK Taman Pelangi,Johor Bahru. Beliau juga berkesempatan melihat-lihat pembangunan padang yang telah mencapai tahap yang baik dari sebelumnya. Terima kasih sekali lagi, kunjung tuan amat kami hargai.




YDP BERSAMA TAN SRI DATO` SHAHRIR B ABDUL SAMAD DALAM PENYERAHAN WANG BANTUAN RM100
TERIMA KASIH JUGA ATAS KESUDIAN MELAWAT KAWASAN PADANG DIMANA SUMBANGAN 
TAN SRI DATO` TELAH DIGUNAKAN DENGAN SEBAIKNYA. TERIMA KASIH DARI PIHAK PIBG SKTP.

PIBG DAN KEPIMPINAN KECIL SKTP 2013


PERLANTIKAN PENGAWAS 2013

Pada hari ini 07 Januari 2013 telah berlansungnya majlis perlantikan pengawas sekolah yang diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Pada tahun ini pengawas sekolah dan perpustakawan digabungkan dalam satu majlis yang mana dalam majlis ini Sarjan Mejar Abdul Razak Bin Md Isa telah sudi menyarungkan tali leher dan menyampaikan sijil perlantikan kepada para pengawas sekolah. Terima kasih atas kesudian beliau hadir seawal jam 07.20 pagi lagi. Tahniah..! para pengawas semoga dapat memimpin dan menjadi tauladan kepada adik-adik yang lain.











SELAMAT DATANG 2013


PENDAFTARAN DAN PROGRAM TRANSISI 2013

Warga SKTP telah menerima murid baru bagi tahun 2013. Tahniah! dan selamat kembali ke sekolah. Murid pra sekolah di daftarkan di Anjung Sri Pelangi dan majlis mesyuarat pemuafakatan tahun 2013 juga telah dilaksanakan serta dirasmikan oleh Encik Mohamad Bin Abdul Rahim GPK Kanan SKTP. Manakala murid tahun satu telah di daftarkan di Dewan Sri Pelangi.