Friday, July 13, 2012

PKBS 3/2012

Salam...peperiksaan PKBS 3/2012 akan diadakan pada 24-27 Julai 2012 ini. Sila pastikan anak-anak tuan/puan sentiasa membawa buku teks atau buku tulis untuk bacaan mengikut jadual peperiksaan dalaman sekolah ini. Ada diantara murid lansung tidak membawa buku untuk bacaan sementara menunggu waktu peperiksaan lain dimulakan. Semoga keprihatinan tuan/puan memberi hasil terbaik dalam PKBS 3 ini.

PROGRAM ZOOM-A SKTP/PIBG JB

Salam...tuan puan/penjaga murid. Program Zoom-A sedang berlansung setiap hari Sabtu di Makmal Komputer SKTP,JB. Atas dedikasi guru yang sanggup meluangkan hujung minggu di sekolah bagi meningkatkan prestasi UPSR 2012 tahun ini. Terima kasih Cikgu SKTP,JB. Setiap sabtu 2 guru akan mengawasi murid dari jam 7.30 pagi walaupun program bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Murid-murid digalakkan hadir. Program ini juga dilaksanakan pada waktu petang selepas persekolahan sehingga jam 3.30 petang. Program ini juga dikelolakan bersama dengan PIBG 2012-2013.Terima kasih Cikgu..!

Wednesday, July 11, 2012

BIRO KEBAJIKAN 2012

Salam...pada 12 Julai 2012 ( Khamis ) telah hadir dua anggota PDRM untuk membaik pulih P.A System sekolah. Mereka juga pernah hadir sebelum ini. BIRO KEBAJIKAN telah berkerjasama dengan pihak PDRM,Polis Depoh untuk sama-sama membaik pulih P.A system yang merupakan nadi bagi perhimpunan Rasmi sekolah. Terima kasih kepada piahk PDRM.

Tuesday, July 10, 2012


Solat Hajat Perdana 2012


Salam..pihak sekolah dan pihak PIBG telah bersama-sama mengadakan solat hajat bagi murid UPSR pada 6 Julai 2012 yang lalu (Jumaat). Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir dan membawa sepiring kuih juadah untuk makan malam. YDP PIBG Y.M Raja Abdul Hamid juga turut dapat hadir bersama dalam majlis tersebut. Terima kasih. Kita doakan semoga murid UPSR tahun lebih cemerlang. INsyaallah
YDP PIBG Y.M Raja Abdul Hamid juga pada petangnya telah merasmikan Kem Sahsiah bagi murid tahun 5 dan 6 yang terlibat.




Friday, May 11, 2012

NAIK TARAF PADANG SKTP 2012

Salam...untuk pengetahuan ibu bapa/penjaga murid padang sekolah kita sedang dinaik taraf. Oleh yang demikian, ibu bapa/penjaga yang tinggal berdekatan SKTP dapat ambil perhatian dengan kegiatan anak anda di padang sekolah ketika luar waktu persekolahan. Naik taraf padang ini adalah dari sumbangan Ahli Parlimen Johor Bahru Dato` Shahrir B Abdul Samad. Terima kasih dan semoga padang sekolah kita lebih baik dan dapat digunakan pada masa sukan tahunan yang dijangka pada awal bulan Julai. Latihan dan Sukan Tara telah sibuk dijalankan pada setiap hari RABU. Beri sokongan pada anak anda.




PEPERIKSAAN PKSR 1/2012

Salam...buat ibu bapa/penjaga murid SKTP sila beri perhatian dan motivasi pada anak anda. Peperiksaan hampir tiba 21-25 Mei 2012 akan bermulanya peperiksaan PKSR 1/2012. Pastikan anak anda telah bersedia.

Thursday, April 12, 2012

MESYUARAT PIBG SESI 2012-2013 PERTAMA.

Salam...Mesyuarat pertma AJK PIBG 2012-2013 berlansung sebentar tadi pada jam 2.00 petang di Bilik Gerakan SKTP. Banyak agenda yang telah dibincangkan dan telah dipersetujui bersama. Hampir kesemua ahli yang dilantik dapat hadir pada mesyuarat pertama ini. NYDP juga turut hadir bersama.

Sunday, March 25, 2012

YDP di SKTP 2012

Salam..kehadiran YDP PIBG YM Raja Hamid amat dinantikan dipelbagai acara di SKTP bagi Tahun 2012 ini. Antara acara yang telah beliau hadiri ialah:

 Majlis Akujanji UPSR 2012.
 Maulidur Rasul 1433h/2012m
Mesyuarat PIBG sesi 2011-2012

Tuesday, March 13, 2012

Kelas Tambahan Tahun 5 dan 6

Kelas Tambahan tahun 5 dan 6 bagi tahun 2012 akan diadakan bersempena cuti persekolahan pertengahan penggal pertama. Ianya bermula pada 12 MAC 2012 Isnin hingga 14 MAC 2012 Rabu, sila pastikan anak tuan/puan dapat hadir bagi memartabatkan pembelajaran dan kecermelangan akademik SK Taman Pelangi.

Sunday, February 26, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2011-2012

Salam...Bertempat di Dewan Sri Pelangi telah berlansungnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 bagi sesi 2011-2012. Pada seawal jam 7.30 pagi Saudara Mok Chek Hou, Yang Berhormat ADUN Stulang telah hadir ke SK Taman Pelangi. Beliau telah disambut oleh YDP PIBG Y.M Raja Abdul Hamid dan Puan Mastura Guru Besar SK Taman Pelangi, En Mohamad GPK Kurikulum, Pn Zarina GPK Kokurikulum,En Nik Hazimin Setiausaha Kehormat PIBG, En Zulkifli dan En Daud AJK Ibu Bapa.
Yang Berhormat Saudara Mok Chek Hou telah dipakaikan roset oleh adik Nina Suharni. Kemudian beliau ke Dewan Sri Pelangi,SKTP. Beliau kemudiannya telah dipersembahkan dengan persembahan taekwando. Acara diteruskan dengan ucapan YDP, Guru Besar dan Yang Berhormat Saudara Mok Chek Hou yang memberi amanat dan menyatakan sokongan atas aktiviti sekolah. Beliau telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM10,000 bagi tujuan landskap sekolah. Beliau berbesar hati atas jemputan PIBG,SKTP.
Beliau kemudiannya telah dipersembahkan dengan tarian inai dari Kelab Budaya SKTP. Beliau kemudiannya sudi untuk menyampaikan hadiah kepada Tokoh Cemerlang UPSR 2011 iaitu Adik Ainur Izzati dan Adik Siti Hajar yang telah mendapat 5A dalam UPSR. Beliau juga sudi menyampaikan cenderahati kepada AJK PIBG dan juga Tokoh Murid iaitu Adik Siti Hajar dan Adik Mohd Shahriman sebagai Tokoh Kokurikulum SKTP.
Beliau kemudiannya menerima cenderahati yang disampaikan oleh pihak PIBG,SKTP Y.M Raja Abdul Hamid YDP,PBG sesi 2011-2012.
Beliau kemudiannya telah bergerak kantin untuk santapan pagi pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat Agung ke-25 telah dimulakan pada jam 10.00 pagi mnakala Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan pada jam 11.30 pagi setelah tamatnya Mesyuarat Agung PIBG,SKTP. . Layan gambar.

















Friday, January 13, 2012

Makluman Kepada Ibu Bapa

Salam...Ibu Bapa/Penjaga tahukah anda?
Terdapat beberapa orang guru telah bertukar atau pun berpindah ke sekolah lain:-
1)  Puan Fatimawati Mohamed - Matematik/Sains      15 tahun di SKTP
2)  Puan Hajah Alice Abd Ghani - Bahasa Inggeris     17 tahun SKTP
3)  Puan Norasikin Md Noh - Bahasa Malaysia         12 tahun di SKTP
4)  Puan Nik Farida Nik Jusoh@Ismail                      2 tahun di SKTP
5)  Encik Roslan Md Aris                                          4 tahun di SKTP

Menerima guru baru
1)  Puan Gunasundari - Bahasa Inggeris                     Pengalaman 22 tahun
2)  Puan Hamidah - Bahasa Inggeris                          Pengalaman 17 tahun
3)  Encik Anizan - Matematik                                    Pengalaman 4 tahun

Semoga SK Taman Pelangi akan terus cemerlang dengan penampilan guru baru dan juga dengan sokongan
dari Ibu Bapa / Penjaga murid. Doakan kejayaan UPSR 2012 dan semua murid.

Tuesday, January 10, 2012

Tahniah..! Pengawas

Lantikan Pengawas 2012

Salam...Pada 09/01/2012 Isnin di Tapak Perhimpunan SKTP,JB telah berlangsungnya majlis perlantikan pengawas SKTP,JB bagi 2012. Pada tahun ini seramai 36 murid telah dilantik. Semoga mereka akan memberikan komitmen yang terbaik untuk sekolah. Tahniah kepada anak tuan puan/ para penjaga murid di mana anak tuan puan telah dipilih sebagai pengawas sekolah. Berikan semangat dan bantu dan bimbingilah mereka. 
Pemimpin hebat bermula di sekolah....


MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-3 SESI2011/2012

Salam..hari ni 10 Januari 2012 telah berlangsungnya mesyuarat PIBG kali ke-3 di bilik gerakan. Banyak perkara dibincangkan terutamanya berkenaan pencapaian akademik murid. AJK juga bersetuju untuk mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 dan juga Mesyuarat Agung pada bulan Mac kelak. Diharapa semua ibu bapa dapat hadir dalam majlis ini. Ini demi kecermelangan sekolah dengan kerjasama pihak PIBG itu sendiri akan memberikan impak positif bagi persekitaran sekolah. Libatkanlah diri dalam aktiviti sumbangan sukarela ini semoga dengan penglibatan kita ini akan dibalas dengan ganjaran yang sebaiknya dari Allah. Kerja sukarela yang tidak ramai dapat memberi sepenuhnya komitmen ini pasti akan dilihat oleh anak-anak kita dan mereka akan cenderung ke arah kerja sukarela sebegini.
PIBG DAN SKTP...SKTP PASTI CEMERLANG, GEMILANG...