Sunday, February 24, 2013

PIBG DAN 2013


Mesyuarat PIBG dan Anugerah Cemerlang 2012 Januari 2013

 Pameran oleh Unit Disiplin dan Pengawas SKTP yang dikelolakan oleh Cikgu Norshuhaida dan para pengawas.
 Para penari yang telah dilatih selama dua minggu oleh Cikgu Khair dan juga Cikgu Norazlina.














Mesyuarat PIBG ke-26 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Begitu juga dengan anugerah Cemerlang bagi tahun 2012.Murid-murid yang memperoleh 5A telah hadir dan menggamit kenangan di SKTP.Tahniah1 kepada semua AJK,PIBG terutamanya guru-guru yang terlibat selama dua minggu menyediakan dan melaksanakan apa yang diperlukan oleh pihak PIBG. Tidak ketinggalan juga tahniah juga pada guru disiplin Puan Norshuhaida yang telah menyediakan satu meja yang memaparkan bahan-bahan yang pernah di rampas ketika "spotchek" diadakan terhadap para pelajar di SKTP. Pameran ini adalah untuk menyedarkan para ibu bapa agar sentiasa peka  dengan tingkah laku anak-anak mereka dan sentiasa prihatin tentang bahan yang dibawa di dalam beg sekolah anak mereka.Tahniah...! guru anda yang paling hebat.! Layan gambar...
Kehadiran Tan Sri Dato` Shahrir Bin Hj. Abdul Smad disambut dengan  kawad kehormat dari Unit Beruniform yang disediakan oleh Cikgu Anizan dan
Cikgu Mohd Shamsul



Para peserta "Coral Speaking" 3 bahasa sedang memperdengarkan persembahan mereka.Mereka ni telah dilatih oleh Cikgu Norulhayati (Bahasa Arab), Cikgu Wong Lit May (Bahasa Cina), Cikgu Gunasundari (Bahasa Inggeris) dan Cikgu Norsyawalnina (Bahasa Melayu). Terima kasih para guru. Jasa anda dikenang.
Ingat pada pemuisi ni? Beliau pernah hadir suatu ketika dulu pada tahun 2006.
Para penerima Anugerah Cemerlang 2012 menerima hadiah dan cenderahati dari YB Tan Sri Dato` Shahrir Bin Hj. Abdul Samad







No comments:

Post a Comment